Selasa, 26 April 2011

Qyiam

Linangan air mata di pipiku hadir menyerbu di sanubari
Linangan air mata cintaku terbit dari dalam jiwa
Kisah yang dulu takkan ku ulanginya biar ia berlalu jadi sejarah
Syukur kepadaNya kerana menyerdarkan dari terlupa diri
Melalui kisah pahit pedih...
Tiada lagi pujuk rayuku padamu takkan tergoyah Qyiam ku padaNya
Tiada lagi badai menjelma Qyiam ku tetap padaNya kasih...
Sembuh hati siram budi suburlah suci menghadapiNya
Derita diri ini telah terbalas...
Disana cinta, disini rindu tak daya ku lalui Qyiam ku tetap padaNya kekasih...







*Tiada kena mengena kepada sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia hanya sekadar coretan sahaja*

Budak Alam

melihat,memandang dan memerhati kehidupan sebenar manusia
memang takkan puas dengan segalanya selagi kain kapan belum menyeliputi tubuh sendiri
di sekitar kehidupan manusia penuh dengan tembok bangunan,jalan raya,dan trafic light
begitulah dengan cara hidup manusia yang penuh dengan dugaan,pilihan dan keputusan...
aku ada 3 KEKASIH iaitu 1.Allah S.W.T 2.Rasullah S.A.W 3.Ibu bapa
mungkin selama ini aku sering melihat kehidupan dengan melihat tetapi aku silap bahawa sahihnya memandang kehidupan itu melalui akal,hati dan kalbu bukannya melihat dengan perasaan,fikiran dan sangkaan...
aku manusia biasa seperti kamu semua yang sering mencari kasih sayang dengan kejujuran,kesetiaan dan keberkatan dariNya bukan atas dasar suka dan minat...

Alhamdulillah 20 tahun aku hidup banyak kehidupan yang aku tempuhi kebanyakkannya penuh dengan lampu kuning seperti di trafic light jalanraya kehidupan dunia...
aku membesar dengan keluarga yang penuh berdisiplin, keluargaku bukan berdarah seni
tetapi Anugerah Allah yang penuh dengan zat telah memberikan kepada aku iaitu SENI di dalam tubuhku...
tanda-tanda aku dapat merasa anugerah yang terindah dalam jiwa ku ini adalah semasa aku berumur 3 tahun aku dah mula bercakap seorang diri di dalam bilik air seolah-olah ada orang dihadapanku sambil menepuk tangan apabila aku melalak yang tiada lirik lagu tetapi hanya ada nada dan tempo yang tepat semasa aku melalak di dalam bilik air itu.
Semasa aku berumur 7 tahun lagu pertama yang aku dengar dan mula jatuh cinta dan setiap hari aku menyanyi adalah lagu dari arwah Along SPOON yang bertajuk MEMORI SEKUNTUM RINDU...disitulah bermulanya memang sejak azali aku menyanyi tiba-tiba masuk key dan tak sumbang..aku pun tak tahu sedangkan aku tak belajar dengan siapa-siapa..
sehinggalah aku berumur 10 tahun semasa aku lepak dengan rakan-rakan aku dipersekitaran kawasan rumah aku, aku mendapat ilham dariNya dan secara tiba-tiba sebuah alunan melodi bermain dikepala otak aku..dan lantas aku memasukkan lirik lagu itu melalui apa yang aku rasa dan lalu terciptanya karya pertama aku yang bertajuk MELISSA ( sebab pada waktu itu aku suka pelakon yang bernama Melissa Saila, so aku pun xtahu nak letak nama apa untuk tajuk lagu itu) pada waktu itu aku tidak tahu bermain gitar dan alat muzik lain..apabila aku berumur 11 tahun aku belajar bermain gitar dengan abang aku..disitulah bermulanya aku membuat karya berdasarkan kepuasan dan minat aku sendiri bukan atas dasar popular..bagi aku popular yang kejar manusia,bukan kita yang kejar popular..

begitulah dengan dunia..dunia yang kejar manusia..bukan manusia yang kejar dunia sebab karya itu adalah AKHIRAT..kita yang menciptakan dan mengumpul karya-karya kita selama hidup di dunia ini untuk ditunjukkan kepada empunya Alam ini sama ada karya aku popular di alam SYURGA dan bidadari syurga menjadi wartawan terhadap diriku atau karya aku menjadi popular di NERAKA dan api yang menyala membakar naskah aku akibat tidak sahih karya itu semasa aku mencipta di dunia...seni karya yang bagus adalah apabila kita meletakkan TAUHID di dalam sesebuah karya itu dipanggil SENI ALAM KEHIDUPAN dan secara tak langsung diri kita ini semakin menuju dibawah payunganNYA..itulah seni yang paling berkesan sehinggakan karya itu nanti dikenang dan di amalkan oleh generasi baru...


*aku menulis berdasarkan kefahaman aku dan kajian aku tetapi bukan aku membaca atau tanya sesiapa tentang hal ini untuk aku menulis tetapi7 hari aku membawa diri diperantauan orang bersendirian, pengalaman ini kamu semua tidak akan dapat di mana-mana universiti,ijazah mahupun diploma...apabila aku sudah tempuh dan merasa sendiri sebab itulah aku berani menulis cerita ini..*


salam seni dari aku...