Sabtu, 7 Julai 2012

Tingkat 14

malam sesepi itu hanya kosong membuatkan engkau rasa lapang tersirat segala angin yang utus atas pari-pari cinta kau melebarkan rasa khayal hingga ku meletak cinta lebur segala nawaitu buat sesat di perjalanan indah pagi tak seindah senja indah mu tak seindah rupa bayang mengulirkan tiap lirikkanmu terpesona segala ruang cinta harus kau redakan sebelum ia meratah di akalmu kau palitkan segala nista hingga jatuh tersedar!

Selasa, 29 Mei 2012

MOJO

Kini kau tiada Senafas pun ku perlu mencuba Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga Bersendiri hidup umpama hilang erti Bagaimanakah meneruskan hayat ini Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti Tunjukkan di mana Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni Apabila tiba waktu bersemuka Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta Dengan bayangmu di minda Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh Bersendiri masa umpama tak beralih Berapa lama lagi harus ku merintih Malam tidak berpurnama Fajar tiada kejora Aku hilang di dalam gelita kalbu Tanpa dirimu asaku mati...

Rabu, 25 Januari 2012

Seringkali

Seringkali, aku hanyut dalam bayangan
Berterbangan perasaan ini... walau
Kau ku gambarkan dalam lamunan

Diri ini selalu ingin bersamamu
Bila ku terkenang kemesraan bersamamu sayang
Masihkah aku di hatimu

Masih jauh rasanya perjalanan ini
Bilakah masanya harus jua aku kecapi
Walau ranjau penuh berduri

Akan ku bawa cintamu bersama selalu
Tak akan kubiarkan ia tersisih dari perasaan ini
Dan ingin ku luahkan dalam lagu ini
Sebagai bukti cintaku, agar kau terus menanti diriku

Hanya kau yang ku cinta
Hanya kau yang ku harapkan
Ke puncak asmara
Ingin kita kecapi bersama

Walau gambaran yang ku gambarkan
Yang seringkali, ku renungkan
Menjadi lukisan di jiwaku


# agar kau terus telus yang menakluki jiwa ini bukan yang asyik berdamping dengan mu atas asbab menakluki nafsu.

Rabu, 14 Disember 2011

Perjalanan Kemarin

malam yang kian menghembusi luka-luka semalam
seakan ku bingung tentang diriku yang terus alpa dibuai wanita
oleh kerana ku tersesat diantara dua persimpangan
aku pun punya hak dan cita-citaku untuk ku tepiskan material
yang semakin menggunung di muka bumi ini..aku sesat lagi! dan lagi!
sebatang rokok yang temaniku dan nescafe o
yang menjadi pelengkap basahan tekak ku
untuk menyuarakan tentang keadilan hidup
dimanakah soal perjuangan yang ku matikan dahulu.
selama ini aku agungkan kebendaan yang tak pasti
untuk ku yang akan memberi nafasku dalam jangka masa
panjang hayatku ternyata yang ku kejar selama ini
itulah yang menyesatkan diriku dalam masa jangka pendek.
banyak yang sempurna untuk aku melengkapkan hidup ku ini
supaya menjadi terlalu sempurna walhal masih tidak sempurna padaNYA.
sujud syukur ku kerana DIA yang menentukan
perjalanan ku ini dan menemukan jiwa-jiwa
yang seakan sama arti bagi diri yang masih kosong.
bodoh bertempiaran di muka ku atas dasar
kecintaan wanita yang terlampau taksub!
pengaruh yang kuat sehingga lalai! dari 2 tiang!

Jumaat, 9 September 2011

Salju Biru

Salju berlabuh disambut bibir subuh
melawat pagi yang hilang keramahan
rindu yang terbenam resah yang tertahan
tersinar luka semalam

Telah semusim tanah hiba tercedera
busungan siksa memagari sang kejora
walaupun sarat luka hanyir darahnya
rawatlah citra lara

Kau ukir angan-anganmu
suci dihamparkan pada awan hitam kepiluan
kau khabar cita-citamu
terbang bersama segar angin harapan berhembus

Kau jernihkan semula keruh kehidupan
harmonikan warna yang kabur menyesakkan
jelmakan roh pancaran seri kejiranan
rantaikan keakuan

Dirikanlah istana di desa sentosa
tegakkanlah menara di taman bahagia
tegakkan tugu tinggi di kaki matahari
sepejal tugu Statue of Liberty...

Ahad, 21 Ogos 2011

Mayang

Kau hilang bila mentari
terpancar di alam ini
kau hadir bila bulan datang
berpaksi rindu yang kau julang

Terjadi gerhana bulan
Disebab satu garisan
Kau aku diciptakannya
Atas sebab satu tujuan

Kau hadir bagai bayang-bayang tanpa suara
Di dalam kamarku yang kian sering menjelang
Berolak-alik arah ku tanpa tujuan
Seperti siang ku lena, senja ku berjaga

Oh Mayang engkau pencetus inspirasiku
Kisah rahsia alam
Oh Mayang engkau buat aku kenal sang pencipta
Disebalik makrifat dan tarikat

Kewujudanmu mempersoalkan
Keajaibanmu mengelirukan
Aku bukan musyrik
Aku masih berpegang tali


LAGU:HAN ZALINI
LIRIK:HAN ZALINI

Rabu, 13 Julai 2011

Hilang

Selama mana
Harus ku mencari
Igauan ini
Ku gagahi

Ingin berjumpa
Sayang kau tiada
hati jiwa rasa cinta
Seorang lelaki

Lemas meronta
Mengoncang lara
Menangis aku sendiri

Jangan di tanya
engkau pun tahu
Mengapa kau bersembunyi

Kau jelmalah engkau
Beraksi rindu
Mimpi-mimpi ku


Malam di gerbang luka
Menggarap cinta
Suratan resah

Bulan bukannya bintang
Siang hilanglah malam
Gundah bila kau hilang
Resah hilang kau datang



Jika kau tiba
Jelanglah sinar
Malam ku yang kesepian
Moga hangatnya rasa asmara
kasih hulurkan cintamu

Nilam juga permata
Nilai bukannya intan
Sayang bila kau datang
Senyum hilanglah duka



*Moga suatu hari nanti aku akan sampai kesana dengan keredhaanNya...Subhanallah...