Jumaat, 9 September 2011

Salju Biru

Salju berlabuh disambut bibir subuh
melawat pagi yang hilang keramahan
rindu yang terbenam resah yang tertahan
tersinar luka semalam

Telah semusim tanah hiba tercedera
busungan siksa memagari sang kejora
walaupun sarat luka hanyir darahnya
rawatlah citra lara

Kau ukir angan-anganmu
suci dihamparkan pada awan hitam kepiluan
kau khabar cita-citamu
terbang bersama segar angin harapan berhembus

Kau jernihkan semula keruh kehidupan
harmonikan warna yang kabur menyesakkan
jelmakan roh pancaran seri kejiranan
rantaikan keakuan

Dirikanlah istana di desa sentosa
tegakkanlah menara di taman bahagia
tegakkan tugu tinggi di kaki matahari
sepejal tugu Statue of Liberty...