Rabu, 14 Disember 2011

Perjalanan Kemarin

malam yang kian menghembusi luka-luka semalam
seakan ku bingung tentang diriku yang terus alpa dibuai wanita
oleh kerana ku tersesat diantara dua persimpangan
aku pun punya hak dan cita-citaku untuk ku tepiskan material
yang semakin menggunung di muka bumi ini..aku sesat lagi! dan lagi!
sebatang rokok yang temaniku dan nescafe o
yang menjadi pelengkap basahan tekak ku
untuk menyuarakan tentang keadilan hidup
dimanakah soal perjuangan yang ku matikan dahulu.
selama ini aku agungkan kebendaan yang tak pasti
untuk ku yang akan memberi nafasku dalam jangka masa
panjang hayatku ternyata yang ku kejar selama ini
itulah yang menyesatkan diriku dalam masa jangka pendek.
banyak yang sempurna untuk aku melengkapkan hidup ku ini
supaya menjadi terlalu sempurna walhal masih tidak sempurna padaNYA.
sujud syukur ku kerana DIA yang menentukan
perjalanan ku ini dan menemukan jiwa-jiwa
yang seakan sama arti bagi diri yang masih kosong.
bodoh bertempiaran di muka ku atas dasar
kecintaan wanita yang terlampau taksub!
pengaruh yang kuat sehingga lalai! dari 2 tiang!

Jumaat, 9 September 2011

Salju Biru

Salju berlabuh disambut bibir subuh
melawat pagi yang hilang keramahan
rindu yang terbenam resah yang tertahan
tersinar luka semalam

Telah semusim tanah hiba tercedera
busungan siksa memagari sang kejora
walaupun sarat luka hanyir darahnya
rawatlah citra lara

Kau ukir angan-anganmu
suci dihamparkan pada awan hitam kepiluan
kau khabar cita-citamu
terbang bersama segar angin harapan berhembus

Kau jernihkan semula keruh kehidupan
harmonikan warna yang kabur menyesakkan
jelmakan roh pancaran seri kejiranan
rantaikan keakuan

Dirikanlah istana di desa sentosa
tegakkanlah menara di taman bahagia
tegakkan tugu tinggi di kaki matahari
sepejal tugu Statue of Liberty...

Ahad, 21 Ogos 2011

Mayang

Kau hilang bila mentari
terpancar di alam ini
kau hadir bila bulan datang
berpaksi rindu yang kau julang

Terjadi gerhana bulan
Disebab satu garisan
Kau aku diciptakannya
Atas sebab satu tujuan

Kau hadir bagai bayang-bayang tanpa suara
Di dalam kamarku yang kian sering menjelang
Berolak-alik arah ku tanpa tujuan
Seperti siang ku lena, senja ku berjaga

Oh Mayang engkau pencetus inspirasiku
Kisah rahsia alam
Oh Mayang engkau buat aku kenal sang pencipta
Disebalik makrifat dan tarikat

Kewujudanmu mempersoalkan
Keajaibanmu mengelirukan
Aku bukan musyrik
Aku masih berpegang tali


LAGU:HAN ZALINI
LIRIK:HAN ZALINI

Rabu, 13 Julai 2011

Hilang

Selama mana
Harus ku mencari
Igauan ini
Ku gagahi

Ingin berjumpa
Sayang kau tiada
hati jiwa rasa cinta
Seorang lelaki

Lemas meronta
Mengoncang lara
Menangis aku sendiri

Jangan di tanya
engkau pun tahu
Mengapa kau bersembunyi

Kau jelmalah engkau
Beraksi rindu
Mimpi-mimpi ku


Malam di gerbang luka
Menggarap cinta
Suratan resah

Bulan bukannya bintang
Siang hilanglah malam
Gundah bila kau hilang
Resah hilang kau datang



Jika kau tiba
Jelanglah sinar
Malam ku yang kesepian
Moga hangatnya rasa asmara
kasih hulurkan cintamu

Nilam juga permata
Nilai bukannya intan
Sayang bila kau datang
Senyum hilanglah duka



*Moga suatu hari nanti aku akan sampai kesana dengan keredhaanNya...Subhanallah...

Isnin, 20 Jun 2011

Tujuh Nafas Lagi

Lirik dan Lagu : M. Nasir

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggap mainan
Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Lagu tujuh nafas lagi ini dicipta sepenuhnya oleh M.Nasir dengan liriknya sekali. Lagu ini memang sukar untuk ditafsir. Sekali baca lirik ini mungkin ada unsur ketuhanan dan kesufian. Kemungkinan ada juga, sebab banyak lirik yang dibuat oleh M.nasir sebelum ini menuju ke arah itu . Tetapi untuk lagu ini saya suka mentafsir kisah kekasih yang membuat keputusan untuk berjauhan buat sementara waktu kerana ada perselisihan faham di antara mereka dan mereka ,membuat keputusan untuk kembali bersama selepas persengketaan itu .. Saya suka mentafsir perselisihan itu di antara suami dan isteri . Mereka sama-sama mempunyai keraguan atas kesetian dan cinta masing-masing sehingga berlaku persengketaan beberapa kali . Sama-sama perhatikan ayat-ayat di bawah dan tafsir ringkas yang dibuat oleh saya secara peribadi .

Inikah dia yang kuimpikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini kuharapkan
Bukan Fatamorgana lagi

Daripada ayat ini dapat saya tafsirkan , pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berbaik semula selepas beberapa kali meraka bersengketa dan si suami berharap si isteri betul-betul mempecayai kesetian dan cintanya dan berharap mereka saling mempercayai antara satu sama lain selamanya tanpa persengketaan lagi selepas timbul perasaan insaf( lambaian firdausi bermaksud keinsafan atau sesuatu peristiwa atau keputusan yang baik)


Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha

Ayat ini bermaksud saling tidak mempercayai antara mereka berdua membuat mereka bersengketa walaupun meraka berdua mengetahui diatara kedua-dua mereka masing-masing mempunyai kelemahan diri .

Hati hamba dah besedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Dalam ayat ini bermaksud si suami sudah bersedia menjadi suami yang terbaik dan cuba menjauhi segala ketidak percayaan si isteri kerana dia tahu hidup ini tidak lama hanya tinggal tujuh nafas lagi . Ayat tujuh nafas lagi susah saya hendak tafsirkan . Mungkin tujuh nafas itu bermaksud fasa-fasa dalam kehidupan. Setiap nafas mewakili setiap fasa.

Note: Plzz email saya kalau sesiapa dapat mentafsir ayat tujuh nafas lagi .

Sepertimu ,aku juga pernah
Persoalkan kekuatan batinku

Ayat di atas bermaksud si suami pernah curiga dengan kasih sayang yang di terima olehnya dan di dalam hati sering mengatakan kasih sayang yang diterima hanyalah kepuraan cuma . Dalam masa yang sama si isteri juga merasa kepuraan cinta dan kasih sayang si suami.


Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta

Walaupun dalam apa jua keadaan diatara meraka , si suami sangat menyintai si isteri dan cintanya mengatasi segalanya .

Dalam rasa paling rendah
Ku angkat cinta

Rasa paling rendah di sini bermaksud rasa benci dan tidak suka namun begitu perasaan kasih sayang dan cintanya mengatasi segala perasaan benci tersebut .

Rinduku bukan kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan

Si suami cuba mempertahankan kebenaran rasa rindunya dan bukan hanya cakap-cakap bohong semata . Dan bukanya hanya manis di mulut cuma .

Kau Tanya bilangan namamu ku sebut
Jawabnya hanya sekali
Lafaz tak terputus

Si suami menyatakan pada isterinya bahawa ingatan pada isterinya , setiap masa dan rasa rindunya masih segar seperti pada pertama kali luahan rasa rindu saat awal percintaan mereka. Ini dapat dapat difahami dalam ayat ‘ Jawabnya hanya sekali (Lafaz rindu pertama yang diucapkan ) Lafaz tak terputus ( Rasa yang rindu pertama dilafazkan itu tidak ada beza sehinggalah ke saat ini )


Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Begitu juga rasa cintanya . Sangat hebat dan cuba memberi gambaran hebat cintanya dengan perumpaan

Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput
Selamanya…….

Note: Ini hanyalah tafsiran saya secara peribadi dan apa yang saya fahami . Makna sebenar yang ingin dimaksudkan hanya penulis (M.Nasir ) sahaja yang mengetahui . Apapun saya kagum dengan sifu M.Nasir kerana berjaya menghasilkan lirik sehebat ini dengan ayat yang begitu tersusun dan perumpaan yang jelas.
Wallah wa’alam

Awas dapatkan cd yang original untuk mendengar lagu ini dalam album terbaru M.nasir “ Sang Pencinta “

Isnin, 13 Jun 2011

luahan perasaan

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Khamis, 19 Mei 2011

Cereka Cinta

Kasih saat ku cuba memanggil namamu kian menghilang di sinaran
Akan ku mencari dirimu meskipun mentari silih berganti
Ku masih disini...

Engkau masih tidak temukan jawapan pasti untuk cinta kita
Dan kau tidak menghitung kasih malah kau menerima sayang dariku
Aku terkilan kerana dakapan kasih kau lepaskan dari paksi rinduku
Hingga ku melutut di kaki syurga....

Dimanakah keyakinan mu sayang
Haruskah ku undur diri demi alasanmu yang tak bermakna.....

Ku tak sanggup merelakan kau pergi tanpa ku
Berkalang kau menodai janji kita yang kian lama terpatri......

Ku sendirian
Dan kau dibebaskan
Aku tersungkur kerna kamu.......

Kau cereka cinta
Ku hanyut tanpamu
Ditinggal akhirnya......


Lagu : Del ( LELA )
Lirik: Han Fashla

Rabu, 18 Mei 2011

Diagnosa

Andai ku memiliki sakti menafsir cinta
Lingkar kiasan kata-kata, ku gubah jadi mudah
Mata pena yang biru, tak bisa menukilkan
Maka hati yang rindu, memendam perasaan

Bingkainya retak, kaca berderai
Namun lukisan wajahmu semakin menawan

Sayang …. jika bisa
Kau gambarkan rahsia mata
Dari terusan lubuk jiwa


Kala engkau jatuh rebah
Tangan ini yang menyambutmu
Bila kau menangis ku turut bersedih
Tanpa kau menyedari
Ingin aku pergi jauh
Tapi hati dirantai kamu
Tidak ku mementingkan diri sendiri
Walau tak diucapi

Jika kau juga memiliki sakti…
Engkau kekasih hati

Betapa berat dikau memandang
Seksa lagi bahuku memikul bebanan


Kala engkau jatuh rebah
Tangan ini yang menyambutmu
Tidak ku mementingkan diri sendiri
Walau tak diucapi

Jika kau miliki sakti…Engkau kekasih hati

Andai kau memiliki sakti menafsir cinta
Pasti kau mendiagnosa…

Selasa, 17 Mei 2011

Yang Benar

Hilang,hilang kau hanya mimpi yang tertulis
sungguh-sungguh ku mengerti cinta hanyalah sia-sia
hilang hari bahagia, hari yang terang tiada kata terindah
ku hilang dakapan cintamu hingga ku kini menderita....

bisu...bisu duniaku kau biar batin ini bisu...ku sedang menyiksa tanpa dirimu...kecundang, kecundang cintaku.....

kasih...apakah dosaku mungkin kerana aku tidak mampu melihat cinta
suci dan sempurna memilik hati yang setia......

bisu...bisu duniaku kau biar batin ini bisu...ku sedang menyiksa tanpa dirimu...kecundang, kecundang cintaku.....

kasih ku tetap bersyukur ku masih bernafas untuk mu...
perbetul dan segala demi cinta kita yang benar,yang benar hakiki....

yang benar...yang benar...hakiki...

Selasa, 10 Mei 2011

RintiHan...

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita mengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...

Selasa, 26 April 2011

Qyiam

Linangan air mata di pipiku hadir menyerbu di sanubari
Linangan air mata cintaku terbit dari dalam jiwa
Kisah yang dulu takkan ku ulanginya biar ia berlalu jadi sejarah
Syukur kepadaNya kerana menyerdarkan dari terlupa diri
Melalui kisah pahit pedih...
Tiada lagi pujuk rayuku padamu takkan tergoyah Qyiam ku padaNya
Tiada lagi badai menjelma Qyiam ku tetap padaNya kasih...
Sembuh hati siram budi suburlah suci menghadapiNya
Derita diri ini telah terbalas...
Disana cinta, disini rindu tak daya ku lalui Qyiam ku tetap padaNya kekasih...







*Tiada kena mengena kepada sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia hanya sekadar coretan sahaja*

Budak Alam

melihat,memandang dan memerhati kehidupan sebenar manusia
memang takkan puas dengan segalanya selagi kain kapan belum menyeliputi tubuh sendiri
di sekitar kehidupan manusia penuh dengan tembok bangunan,jalan raya,dan trafic light
begitulah dengan cara hidup manusia yang penuh dengan dugaan,pilihan dan keputusan...
aku ada 3 KEKASIH iaitu 1.Allah S.W.T 2.Rasullah S.A.W 3.Ibu bapa
mungkin selama ini aku sering melihat kehidupan dengan melihat tetapi aku silap bahawa sahihnya memandang kehidupan itu melalui akal,hati dan kalbu bukannya melihat dengan perasaan,fikiran dan sangkaan...
aku manusia biasa seperti kamu semua yang sering mencari kasih sayang dengan kejujuran,kesetiaan dan keberkatan dariNya bukan atas dasar suka dan minat...

Alhamdulillah 20 tahun aku hidup banyak kehidupan yang aku tempuhi kebanyakkannya penuh dengan lampu kuning seperti di trafic light jalanraya kehidupan dunia...
aku membesar dengan keluarga yang penuh berdisiplin, keluargaku bukan berdarah seni
tetapi Anugerah Allah yang penuh dengan zat telah memberikan kepada aku iaitu SENI di dalam tubuhku...
tanda-tanda aku dapat merasa anugerah yang terindah dalam jiwa ku ini adalah semasa aku berumur 3 tahun aku dah mula bercakap seorang diri di dalam bilik air seolah-olah ada orang dihadapanku sambil menepuk tangan apabila aku melalak yang tiada lirik lagu tetapi hanya ada nada dan tempo yang tepat semasa aku melalak di dalam bilik air itu.
Semasa aku berumur 7 tahun lagu pertama yang aku dengar dan mula jatuh cinta dan setiap hari aku menyanyi adalah lagu dari arwah Along SPOON yang bertajuk MEMORI SEKUNTUM RINDU...disitulah bermulanya memang sejak azali aku menyanyi tiba-tiba masuk key dan tak sumbang..aku pun tak tahu sedangkan aku tak belajar dengan siapa-siapa..
sehinggalah aku berumur 10 tahun semasa aku lepak dengan rakan-rakan aku dipersekitaran kawasan rumah aku, aku mendapat ilham dariNya dan secara tiba-tiba sebuah alunan melodi bermain dikepala otak aku..dan lantas aku memasukkan lirik lagu itu melalui apa yang aku rasa dan lalu terciptanya karya pertama aku yang bertajuk MELISSA ( sebab pada waktu itu aku suka pelakon yang bernama Melissa Saila, so aku pun xtahu nak letak nama apa untuk tajuk lagu itu) pada waktu itu aku tidak tahu bermain gitar dan alat muzik lain..apabila aku berumur 11 tahun aku belajar bermain gitar dengan abang aku..disitulah bermulanya aku membuat karya berdasarkan kepuasan dan minat aku sendiri bukan atas dasar popular..bagi aku popular yang kejar manusia,bukan kita yang kejar popular..

begitulah dengan dunia..dunia yang kejar manusia..bukan manusia yang kejar dunia sebab karya itu adalah AKHIRAT..kita yang menciptakan dan mengumpul karya-karya kita selama hidup di dunia ini untuk ditunjukkan kepada empunya Alam ini sama ada karya aku popular di alam SYURGA dan bidadari syurga menjadi wartawan terhadap diriku atau karya aku menjadi popular di NERAKA dan api yang menyala membakar naskah aku akibat tidak sahih karya itu semasa aku mencipta di dunia...seni karya yang bagus adalah apabila kita meletakkan TAUHID di dalam sesebuah karya itu dipanggil SENI ALAM KEHIDUPAN dan secara tak langsung diri kita ini semakin menuju dibawah payunganNYA..itulah seni yang paling berkesan sehinggakan karya itu nanti dikenang dan di amalkan oleh generasi baru...


*aku menulis berdasarkan kefahaman aku dan kajian aku tetapi bukan aku membaca atau tanya sesiapa tentang hal ini untuk aku menulis tetapi7 hari aku membawa diri diperantauan orang bersendirian, pengalaman ini kamu semua tidak akan dapat di mana-mana universiti,ijazah mahupun diploma...apabila aku sudah tempuh dan merasa sendiri sebab itulah aku berani menulis cerita ini..*


salam seni dari aku...

Sabtu, 29 Januari 2011

Unik

Adira Suhaimi

ini adalah citarasa aku terpulang pada pembaca blog aku hendak kutuk aku kerana aku minat Adira..pergi mampus!
aku mula minat sejak dengar lagu "Ku Ada Kamu", suara yang unik bagi aku dan dia ni boleh menyanyikan pelbagai genre lagu seperti lagu asli, jazz, rock, ballad senang cerita semua boleh lah apabila aku tengok balik konsert mingguan dia nie di AF 8 agak cool sebab tu lah aku katakan vokal dia nie unik dan strong dan tak tiru mana-mana artis tempatan mahupun di luar.Dia menjadi diri sendiri sebab itulah orang tak kaitkan dia mengikut gaya seseorang artis itu sehingga kini. Secara peribadi aku katakan jika diberi pilihan aku ingin berduet dengan dia lagu "Dua Insan" by M.Nasir...



terima kasih!








Selasa, 25 Januari 2011

Sinaran Hakiki

Malam ini ku lihat bintang
Apa khabar sang rembulan
Malam ini ku lihat sinar
Datangnya cahaya dari Nya

Apa khabar wahai temanku
Adakah ku masih bermimpi
Ataupun hanya sekadar
Diburu kenangan silam

c/o Mencari mana bulan bintangku yang aku puja
Adakah aku kufur dalam erti katanya setia
Perlukan sinar yang redha untuk menikmati kehidupan
Disaat aku tersesat engkau yang menyuluh kehidupan

Oh Tuhan engkaulah yang memberi segalanya
Oh Tuhan engkaulah yang Maha Esa
Ya Allah...

Lagu : Han Zalini
Lirik : Han Zalini




*kredit to Pekin Ibrahim ( thanks a lot )
sebab beliau sudah membuka ruang hati dan otak aku dengan izin ALLAH
*ini adalah hasil karya aku yang pertama yang berkonsepkan dakwah
*idea dan ilham yang aku dapat ini apabila aku lepak dengan beliau di kedai kopi di sekitar Melaka dan kemudian dia bercerita tentang kerohanian..so dari situlah aku tergerak hati aku hendak menghasilkan karya lagu aku berbentuk dakwah Islam dengan izin ALLAH S.W.T melalui Pekin Ibrahim...thanks Bro and Alhamdulillah..syukur..amin....